HANGZHOU: Selepas 12 hari 'berperang' di bumi Hangzhou, kontinjen Malaysia berjaya melepasi sasaran 27 pingat dan kini meneruskan perjuangan untuk memburu pingat bonus.
Pada Khamis, kontinjen negara membawa senyuman kepada peminat sukan tanah air apabila merangkul dua emas, dua perak dan satu gangsa untuk mengumpul sebanyak lima emas, enam perak dan 17 gangsa secara keseluruhan atau sejumlah 28 pingat.
Kem skuasy terus cemerlang apabila menyumbangkan dua butir emas, masing-masing daripada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita manakala Mohammad Syafiq Mohd Kamal-Aifa Azman bawa pulang perak dalam beregu campuran.
Pasukan skuasy menutup tirai saingan Sukan Asia dengan keseluruhan tiga emas, satu perak dan satu gangsa selepas merangkul emas acara berpasukan wanita dan gangsa berpasukan lelaki pada Sabtu lepas.
Sementara itu, atlet karate muda, Lovelly Anne Robberth mendapat pengiktirafan sebagai pelengkap sasaran selepas meraih pingat ke-27 negara apabila meraih perak acara kata individu wanita setelah tewas kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Kiyou Shimizu dari Jepun.
Kem memanah akhirnya menghadiahkan sebutir pingat apabila trio Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghaz dan Mohamad Syafiq Md Ariffin mempertahankan gangsa acara compound berpasukan lelaki yang dimenangi oleh Mohd Juwaidi, Alang Ariff dan Lee Kin Lip pada edisi lepas.
Di Gimnasium Binjiang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memastikan kem badminton tidak pulang tangan kosong buat kali kedua berturut-turut selepas mengatasi wakil turun rumah Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-18, 19-21, 21-18 selepas pertarungan sengit selama 81 minit.
Kesemua wakil negara lain di badminton termasuk pemain perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia tersingkir.
Cabaran negara di Sukan Asia, akan diteruskan dalam ekuestrian, badminton, jiu-jutsu, sepak takraw, gimrama dan karate pada Jumaat.
Pasukan hoki lelaki pula berdepan Pakistan dalam aksi penentuan tempat kelima selepas gagal mara ke separuh akhir sebagai dua pasukan teratas Kumpulan B.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Pada Khamis, kontinjen Malaysia meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa untuk mengumpul sebanyak lima emas, enam perak dan 17 gangsa secara keseluruhan atau sejumlah 28 pingat. --fotoBERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman
Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran Great Britain, Pakistan dan China dalam peringkat kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris di Oman.
Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).
Peruntukan dana lebih besar untuk majukan sukan - Kim Fatt
Chong menyifatkan faktor kewangan mempunyai peranan besar dalam kemajuan sukan seperti yang dilakukan kuasa besar
'Kalau ada peluang boleh cuba' - Sharul Aimy terbuka terima tawaran berlakon
Menurut Sharul, kejayaan ini sekali gus menebus kehampaannya di beberapa siri temasya sukan sebelum ini.
Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.
Sukan Asia Hangzhou: Hannah Yeoh ucap tahniah kontinjen negara lepasi sasaran pingat
Kontinjen negara menghimpunkan 28 pingat setakat ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum temasya edisi ke-19 itu.
Air mata Lovelly gugur terkenang mendiang ibu selepas menang perak
Atlet berusia 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah itu sebak dan terus mengalirkan air mata apabila menyebut mengenai mendiang ibunya.
Sukan Asia: Sasaran tercapai, perjuangan diteruskan buru pingat bonus
Cabaran negara di Sukan Asia, akan diteruskan dalam ekuestrian, badminton, jiu-jutsu, sepak takraw, gimrama dan karate hari ini.
Badminton Sukan Asia Hangzhou: Juara dunia singkir beregu campuran negara di suku akhir
Wakil negara turun beraksi memburu slot ke separuh akhir, namun juara dunia 2023 menjadi benteng besar dalam perlawanan hari ini.
Zii Jia 'jinakkan' juara dunia, mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang.